Home Artikel PAS Melaka

PAS Kawasan Jasin Edar Makanan Hargai Petugas Barisan Hadapan Covid-19

246
SHARE

Oleh : ABU FADHIL

JASIN : PAS Kawasan Jasin telah mengedarkan sumbangan makanan sebagai tanda terima kasih kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan kawalan keselamatan awam terus terjamin dalam waktu memerangi pandemik Covid-19 ini.

Program anjuran Lajnah Kebajikan PAS kawasan Jasin ini menyasarkan sumbangan kepada agensi yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi penguatkuasa kementerian-kementerian lain.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan Jasin, Hajah Sopiah Ahmad, program sumbangan makanan ini melibatkan beberapa lokasi sekatan jalan. Antara lokasi yang terlibat ialah sekatan jalan di Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghaffar, kampung Chohong, Merlimau (SimeDarby) dan Pekan Merlimau depan Sekolah Menengah Dang Anum.

Selain Hajah Sopiah beberapa orang lagi pimpinan kawasan turut membantu menjayakan program ini. Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Ustaz Faizal Nordin.