Home Artikel PAS Wilayah

Terus Beri Bantuan Kepada Golongan Terjejas

539
SHARE

Oleh: Abdullah

BANDAR TUN RAZAK, Khamis – PAS Bandar Tun Razak (BTR) melalui Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS BTR meneruskan pemberian sumbangan keperluan asas barangan dapur kali ke-2 kepada 40 orang penerima yang terjejas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.

Semua penerima sumbangan merupakan insan yang tersenarai dalam senarai menunggu yang diperoleh daripada Pusat Aduan Rakyat PAS BTR. 40 penerima terdiri daripada penduduk sekitar PPR Sri Sabah, Sri Melaka, Sri Pulau Pinang, Sri Johor, Sri Penara, Sri Kota, Desa Tun Razak, Bandar Tasik Selatan, Desa Tasik dan Sri Malaysia.

Walaubagaimanapun PAS BTR terpaksa menangguhkan pemberian untuk kali ke-3 disebabkan oleh kekangan kewangan dan keselamatan para petugas.

PAS BTR mengambil inisiatif mengumpul dana terlebih dahulu sebelum membuat pengagihan sumbangan kepada yang layak. Semoga masih ada para dermawan yang sudi menyumbang untuk diberi bantuan kepada mereka yang betul-betul terjejas seperti asnaf, mereka yang tidak mempunyai pendapatan kerana tidak dapat bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan golongan kurang upaya yang tidak mampu bergerak.