Home Artikel PAS Wilayah

Ziarah Kasih Yang Dipertua Dan Mantan Yang Dipertua PAS Titiwangsa

341
SHARE

Oleh: Nurul Nadiyah Hamid

TITIWANGSA, Ahad – Ziarah Kasih dapat dilaksanakan di dua tempat berbeza walaupun seketika petang semalam.

Ziarah bermula dengan melawat Tuan Haji Khairul Anuar Abdul Manap, Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Titiwangsa di Hospital Ampang Puteri. Beliau berada di wad sejak hari Selasa kerana pembedahan akibat jangkitan kuman di kaki.

Ziarah seterusnya ialah Ustaz Yusuf Daud, Mantan YDP PAS Kawasan Titiwangsa di rumahnya selepas pulang daripada dialisis kerana masalah kencing manis.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK), Cikgu Yusoop bin Abd Hamid mewakili para penyumbang yang dermawan.

AJK PAS Kawasan Titiwangsa mendoakan agar YDP dan Mantan YDP diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Maybank : 5640-9850-4101 (PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA) serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut di nombor 011-13373066 (Cikgu Yusoop), 019-2708639 (En. Hedzer)

Sumbangan dalam bentuk barang keperluan dapur, pampers kanak-kanak dan dewasa amat diutamakan dan dialu-alukan.

Sumbangan anda pastinya meringankan bebanan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.