Home Artikel PAS Melaka

Pemuda PAS Jasin Bantu Keperluan Aidilfitri Guru PASTI

400
SHARE

Oleh : Abu Fadhil

JASIN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin telah menghulurkan bantuan Aidilfitri kepada guru dan pembantu guru PASTI Jasin dalam satu program di Kompleks PAS Jasin di sini pagi tadi.

Seramai 57 orang guru dan pembantu guru PASTI kawasan ini telah menerima sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin Ustaz Ahmad Bilal Rahudin.

Bilal dalam ucapannya berkata, sumbangan dan bantuan ini diberikan bagi meringankan beban mereka yang terjejas sepanjang COVID-19 ini.

“Saya mengharapkan dalam 10 malam terakhir Ramadan ini supaya kita semua memperbanyakkan berdoa supaya bencana Covid-19 dapat diatasi. Semoga guru-guru ini dapat terus istiqamah dalam memberikan ilmu kepada anak-anak PASTI.” kata beliau dalam ucapannya itu.

Sementara itu Setiusaha PAS Kawasan Jasin, Kamarulzaman Ahmad yang turut hadir dalam majlis itu mengucapkan tahniah kepada saf Pemuda PAS Jasin kerana berjaya mengadakan program seperti ini.

“Program seperti ini dapat mengurangkan sedikit masalah guru-guru PASTI di kawasan ini. Guru-guru ini perlu di ambil perhatian yang lebih sikit supaya kebajikan dijaga berikutan bencana Covid 19 ini.” ujar Kamarulzaman.

Turut hadir bersama menyampaikan bantuan Aidilfitri ini adalah Naib Pemuda PAS Kawasan Jasin, Mustaqim Zam Zam, Setiusaha Pemuda PAS Jasin, Ustaz Muiz Abd Rahman, Pengurus PASTI PAS Jasin, Ustaz Hatta Abu Bakar, Pengurus PASTI Cawangan Jasin dan ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Jasin.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)