Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu terus prihatin kebajikan rakyat

783
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco

18 Mei 2020

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu telah melaksanakan program Semarak Kasih Ramadan di empat buah kawasan semalam iaitu di kawasan Silabukan, Segama, Sepagaya dan Bandar Lahad Datu.

Penganjuran program Semarak Kasih Ramadhan (SKR) kali ini telah pun masuk untuk tahun ketujuh bermula diadakan sejak 2014 yang lepas.

Sebanyak 65 keluarga asnaf telah pun mendapat bantuan barangan keperluan harian seperti beras, minyak, tepung, mee kuning dan lain-lain lagi.

Agihan sumbangan kali ini telah diketuai oleh Nizam Latuah, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Silam.

Katanya, penganjuran kali ini sangat berbeza kerana kita berhadapan dengan wabak yang amat sukar diketahui penularannya.

Oleh itu, segala SOP berkenaan pemberian sumbangan perlu dititikberatkan terutamanya dari aspek kesihatan dan keselamatan para petugas yang terlibat dalam menyampaikan sumbangan ini, agar kedua-dua pihak sama ada petugas atau penerima sumbangan dapat meminimakan jangkitan COVID-19.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam, Landari Labobo dan beberapa ahli jawantankuasa PAS Lahad Datu dalam menyampikan sumbangan tersebut.

Beliau selaku wakil PAS Lahad Datu mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana sudi bekerjasama bagi menjayakan program tersebut.

Beliau juga berkesempatan menyantuni penerima sumbangan dengan memberi hadiah duit raya. Beliau turut berharap agar segala pemberian ini dapat menceriakan lagi malam Aidilfitri keluarga asnaf tersebut.