Home Berita PAS Kelantan

Pemuda PAS DUN Tanjong Mas ziarah mangsa kemalangan

67
SHARE
KOTA BHARU, 24 Apr: AJK Pemuda PAS DUN Tanjong Mas singgah bertanya khabar seorang belia di Taman Maju, Kampung Langgar. Beliau mengalami kemalangan motorsikal yangmenyebabkan kecederaan retak tulang betis (tibia) dan patah tulang peha sebelah kiri.
Mengimbau kejadian 7 bulan lepas itu, dia terbabas ke longkang berdekatan ketika mengelak sebuah lori yang memasuki simpang secara melulu di Kampung Telipot. Ekoran kecederaan tersebut, saudara Mohd Hafizh Abd Rahman telah menjalani pembedahan memasukkan besi pada pehanya sebelum ini.
Hadir mengetuai Jentera Pemuda PAS Tanjong Mas adalah Timbalan Ketua ll Pemuda, Tuan Hissam Tuan Mamat. Sumbangan ini juga merupakan kelolaan daripada Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.