Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan komited bantu mangsa kebakaran

34
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad
25 April 2021

PUTATAN : Nasib 15 keluarga di Kampung Dumpil yang kehilangan rumah dalam kebakaran 21 April lalu terus mendapat perhatian Parti Islam Se-Malaysia PAS Kawasan Putatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Negeri Sabah, YB Dr. Aliakbar Gulasan telah meluangkan masa bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di sini, semalam.

“Kami menyampaikan sumbangan berbentuk juadah berbuka berbuka, set kelengkapan solat, keperluan seperti selimut, bantal serta wang tunai bagi mangsa membeli keperluan seharian yang hangus terbakar,” ujar YB Dr Aliakbar.

“Kami menganggap ini pakej sumbangan yang lengkap, mudah-mudahan memberi kemudahan kepada kesemua mangsa kebakaran yang terjejas”.

“PAS akan terus menjalankan siri bantuan kepada asnaf sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu, semalam.

Beliau menyeru orang ramai agar mengambil iktibar dan lebih berhati-hati untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang.

YB Dr Aliakbar juga mengambil kesempatan untuk mengajak orang ramai bersama-sama memperbanyakkan amalan sedekah dalam bulan Ramadan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Kebakaran kira-kira jam 11 malam pada 21 April lalu itu memusnahkan 15 rumah di kampung berkenaan dan melibatkan seramai 68 orang mangsa.

Sejak tragedi kebakaran tempoh hari, PAS Kawasan Putatan telah beberapa kali mengedarkan bantuan. PAS akan terus komited untuk membantu mereka yang memerlukan.