Home Berita PAS Johor

Pemuda Muar penuhi Ramadan dengan program kebajikan

61
SHARE

Oleh Sharifah Ajil

MUAR, 30 April : Pemuda PAS Muar telah memenuhi bulan Ramadan ini dengan aktiviti kebajikan menyantuni semua golongan masyarakat.

Melalui program-program yang dilaksanakan setiap minggu dari fasa pertama hingga ke empat, mereka bergerak turun ke semua tempat untuk memastikan misi dapat dicapai.

Menurut Ketua Pemuda PAS Muar, Hadi Abu Bakar, setiap minggu program Edaran Bubur Lambuk diedarkan kepada orang ramai khususnya di masjid-masjid dan surau sekitar Parlimen Muar.

“Setiap minggu satu periuk bubur lambuk dibuat dengan edaran anggaran 200 – 250 mangkok Sejak mula minggu pertama puasa hingga kini, lima periuk telah dibuat dengan jumlah 1250 mangkok bubur lambuk berjaya diedarkan.

Dalam program Singgah Sahur pula, yang juga diadakan setiap minggu pada setiap malam Selasa dengan edaran makanan berjumlah 60 set.

Tambah beliau lagi, “Sejumlah 240 set makanan telah diedarkan selama empat malam. Edaran pertama kepada petugas keselamatan di pejabat kerajaan dan sekolah, petugas di klinik dan staff kecemasan di KPJ Maharani serta petugas di Petron dan Petronas.

“Program Singgah Sahur juga turut ikut serta ialah Adun Maharani, YB Cikgu Abd Aziz Talib, Ketua Bersatu Bahagian Muar, Basut Nin serta ahli Armada Bersatu Muar. Antara tempat yang disantuni ialah di IPD Muar, JPAM, Traffik Muar dan Jabatan Bomba, ” jelasnya lagi.

Tidak dilupa ialah program menyantuni warga emas. Dalam Program Munjung, Pemuda PAS Muar turun menyantuni Sidang As Sabiqun dan Ass Sabiqot. Antara yang dikunjungi ialah mantan Ketua Muslimat Johor, Fatimah Ismail yang juga kini Timbalan Ketua Ass Sabiqot Pusat dan Saman Sarip, mantan Ketua Sidang Ass Sabiqun Muar.

Program Iftar Perdana DPPK Muar bersama ARC (Alternative Riding Club)Johor pula telah diadakan di Pusat Tarbiyah PAS Parit Pechah. Semua pemuda dan ahli ARC hadir untuk iftar jamaie bersama YB Cikgu Abd Aziz dan solat terawih serta sama-sama berqiamullail.