Home Berita PAS Perlis

Jabatan Amal, Muslim Care serah sumbangan sempena Aidilfitri

146
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 30 Apr: Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) dan Muslim Care Malaysia hari ini mengadakan program serahan sumbangan sempena Aidilfitri.

Sebanyak 50 buah keluarga yang tinggal di sekitar Kampung Padang Keria, Kampung Permatang Limau Manis dan Kampung Simpang Sanglang di sini, menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur.

Sumbangan kepada para penduduk diserahkan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd. Shukri Ramli.

Turut hadir, wakil Muslim Care Malaysia, Ustaz Saiful Kareem Ariffin dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kangar, Amirul Jufri Mat Saman.

Amirul yang ditemui berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nanti.

“Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Muslim Care Malaysia yang telah menyalurkan sumbangan melalui JAMNPs untuk digihkan kepada para asnaf serta petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sanglang yang turut turun padang membantu kami pada hari ini,” katanya.