Home Berita PAS Wilayah

Iftar kamaie taut ukhuwah ahli PAS Batu

28
SHARE

Oleh: Ramizah Rahmad

BATU, 23 April: Majlis Iftar Jamaie anjuran Pas Kawasan Batu telah berlangsung di Markaz Pas Kawasan Batu, One Maxim baru-baru ini.

Majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli Pas Kawasan Batu yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang.

Majlis turut diserikan lagi dengan serahan sumbangan Ramadhan kepada barisan Murabittun iaitu petugas sepenuh masa PAS Kawasan Batu bagi menghargai nilaian masa dan tenaga mereka yang selalu diinfaqkan buat kerja-kerja Amal Islami.

Antara yang turut hadir adalah Yang Dipertua, Timbalan dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya, Shamsuddin Ghazali dan Abu Bakar Abdul Rahman, serta Ketua Muslimat PAS Kawasan Batu, Hajah Salbiah Abd Wahab.

Ustaz Azhar Yahya dalam ucapannya turut mengingatkan semua agar tetap menyumbang kepada gerak kerja Islam.

“Janganlah kita memberi apa yang lebih atau tersisa dari kita. Tetapi berilah sebaiknya untuk kerja-kerja Islam.

Ada dalam kalangan kita yang mempunyai kerja sepenuh masa tetapi mereka masih tetap memberikan hak kepada jemaah dengan mengikat diri dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Mudah-mudahan inilah yang menjadi saham kita ke syurga Allah ketika buku amalan dibuka nanti”, ujar beliau.

Hadirin turut diraikan dengan hidangan nasi arab, kari kambing serta beraneka juadah lain yang telah dibawa secara sukarela oleh ahli-ahli PAS Kawasan Batu