HULU TERENGGANU – Semua jentera Pemuda diminta jangan sesekali bergantung kepada kekurangan dan kelemahan musuh sebaliknya membina kekuatan sendiri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi berkata, ‘sayap kanan’ PAS itu mesti membina kekuatan sendiri dan fokus dengan gerakerja yang disusun, dan bukannya ‘menyibuk’ memikirkan masalah parti lain.
“Kita duk bercakap umno bermacam-macam masalah, itu hal dia. Kita duk bercakap PAN bermacam-macam masalah, tu hal dia, biar mereka dengan masalah mereka,
“Dalam konteks kita (Terengganu), PAN dan DAP bukanlah acaman kepada kita, kerana musuh tradisi kita adalah Umno/BN,” katanya
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Hulu Terengganu 2017 (HIMMAH 17) disini semalam
Tambahnya lagi, kekuatan sesebuah jemaah islam diantaranya ialah keihlasan berjuang kerana Allah, memberi kepercayaan dan ketaatan kepada kepimpinan, memberi kepercayaan dan ketaatan kepada strategi yang disusun dan sentiasa bersabar menghadapi ujian luar dan dalam.
“Masa sekarang adalah masa untuk kita bekerja, kita balik ke DUN, UPU dan cawangan masing-masing, setiap orang mencari sasaran dikalangan pengundi muda, InsyaAllah kita akan dapat menawan Hulu Terengganu dan keempat-empat DUNnya.” ujarnya.
Seramai lebih 500 orang telah hadir pada HIMMAH yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu, berlangsung selama dua hari dari 6hb hingga 7hb oktober di Sungai Temir, Kuala Berang.