NegeriTerengganu

PAS Terengganu Bentuk Jawatan Kuasa Bantu Pelarian Rohingya

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu telah membentuk satu jawatankuasa dan bekerjasama dengan PAS Relief diperingkat Pusat untuk mengumpulkan seberapa banyak sumbangan kepada masyarakat Rohingya yang sedang ditindas.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, etnik Rohingya sedang menghadapi satu pembersihan etnik yang begitu dahsyat dalam sejarah.

“PAS negeri Terengganu mensasarkan sebanyak RM 500 ribu dari para dermawan negeri ini untuk disumbangkan ke mangsa pelarian Rohingya,

“Walaupun sasaran yang kita letak itu agak tinggi namun ia adalah sebagai motivasi untuk kita membantu sesama Islam,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Jamuan Dana Pilihan Raya Dun Bukit Payong di Madrasah Darul Iman, Sabtu, 7 Oktober, disini.

Menurut beliau, pihaknya telah menyiapkan poster bagi hebahan dan telah mewujudkan satu akaun khas iaitu Akaun Taawun Dewan Pemuda untuk memudahkan segala bantuan disalurkan.

“Kita telah menggerakkan PAS Kawasan, Dewan Ulama, Dewan Pumuda dan Dewan Muslimat serta NGO’S untuk mencapai tujuan tersebut,

“Sekarang ni Kawasan-Kawasan telah mengumpulkan sumbangan tersebut manakala Dewan Ulama telah mula mengatur Khutbah Jumaat Khas dan juga menghantar wakil-wakil pengkuliah bagi tujuan mengumpulkan sumbangan tersebut,

“Begitu juga peranan yang telah dimainkan oleh NGO’S yang mana saya difahamkan telah mula bergerak dan kita harap semua sumbangan itu dapat kita satukan dibawah satu pengurusan dan kita juga berhasrat untuk menghantar wakil untuk ikut sama dalam rombongan misi bantuan ini yang dijadualkan pada bulan November, insya Allah,” jelas Haji Yahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️