Home Berita PAS Johor

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Warga Tebrau Kembali Diteruskan

1147
SHARE

TEBRAU – 10 April : ‘Home Visit’ Pemeriksaan Kesihatan percuma diteruskan lagi sebagai aktiviti mingguan bagi membantu memberi harapan kepada para pesakit. Ikhtiar merawat masih boleh diteruskan menurut pandangan doktor-doktor yang berpengalaman. Turut menyertai program tersebut, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Tiram, Sdr Azman Atmin.

Aktiviti ini juga adalah sebagai salah satu cara untuk mengenal pasti kebajikan mereka yang kurang berkemampuan agar dapat dijaga dan disalurkan dengan sewajarnya.

Dalam kunjungan ‘Home Visit’ pada 8 April yang lalu, seramai 10 orang pesakit dan 8 buah rumah telah berjaya dikunjungi yang bermula seawal jam 9 pagi itu sehingga 12.30 petang di Taman Desa Jaya, Dun Tiram.

Pada hari yang sama, penduduk di Taman Daya, Dun Puteri Wangsa seliaan YB Abdullah Husin, juga menerima kunjungan para doktor. Dua buah rumah telah dilawati dan seramai 26 orang responden telah menerima pemeriksaan perubatan secara percuma.

Sambutan yang diterima dari para responden juga adalah amat menggalakkan. ‘Home Visit’ ini akan diteruskan lagi bagi membantu warga Tebrau yang masih memerlu