Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Bukan Islam Yakin PAS Adil Jika Memerintah

1,061 views
SHARE

Bukan Islam Yakin PAS Adil Jika Memerintah

Oleh : Ibnu Kamal

Gagasan Sejahtera yang dianggotai Parti BERJASA dan IKATAN dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terus mendapat tempat di hati masyarakat termasuk kalangan bukan Islam.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), N Bala Subramaniam menegaskan bahawa keyakinan rakyat bukan islam kepada PAS meliputi masyarakat India, Cina, Sabah dan Sarawak.

Penegasan tersebut dibuat dalam ucapannya bersempena Program Majlis Amanat Pilihan Raya bersama Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.

“Kami dari Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) di seluruh Malaysia mempunyai seramai 58,650 orang ahlinya.

“Kami yakin pada parti PAS kerana PAS berjuang atas dasar islam, di mana Islam bawa adil untuk semua,” katanya.

PAS yang membawa blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera akan bertanding minimum sebanyak 130 kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) yang akan berlangsung pada 9 Mei nanti.