إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dua berita sedih pagi ini kita terima, insan yang banyak menyumbang kepada ummah dan negara.
Saya mewakili PAS Negeri Melaka, merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga.
Khususnya buat keluarga Almarhumah Siti Sarah Raissuddin, isteri kepada Shuib Sepahtu dan Almarhum Ustaz Hj Mohd Said Mohamad Rais yang banyak menyumbang kepada perjuangan Islam khususnya di Negeri Melaka.
Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka, dibalas segala amal soleh dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
AL FATIHAH
DATUK USTAZ KAMARUDIN HAJI SIDEK
• Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka
• Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka
|