Home Berita PAS Melaka

PAS Cawangan Sungai Siput hargai keprihatinan Ahli Parlimen Masjid Tanah – Asri

107
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 9 Ogos: PAS Sungai Siput mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin melalui Pusat Khidmatnya yang memperuntukan Kit Prihatin untuk edaran penduduk di sini.

Menurut Ketua Cawangan PAS Sungai Siput, Asri Shaik Abdul Aziz, dengan bantuan yang diberi dapat meringankan bebanan penduduk-penduduk tempatan yang terjejas pendapatan mereka kerana Covid-19.

“Hari ini (Ahad) kita telah menyerahkan Kit Prihatin Parlimen Masjid Tanah kepada golongan yang terkesan akibat wabak Covid-19 melibatkan sekitar lapan buah rumah di kampung ini.

“PAS cawangan turut menyumbang sedikit wang tunai sebagai sumbangan tambahan kepada golongan yang terpilih ini bagi meringankan beban mereka,” ujar beliau.

Asri yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah berkata, antara yang turut menerima sumbangan Kit Prihatin dan wang tunai itu semalam ialah dua orang remaja adik-beradik yang merupakan anak yatim di sekitar kampung ini.

“Insya-Allah sumbangan sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” ujar beliau lagi ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) petang semalam.