Home Berita PAS Kedah

Pemergian Khairul Anuar kehilangan besar kepada DPPNK

80
SHARE

ALOR SETAR, 3 Okt – Pemergian anggota Jabatan Amal Malaysia, Khairul Anuar Abdullah pada pagi ini merupakan satu kehilangan besar kepada Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah

Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial dan Kemasyarakatan DPPNK, Ustaz Nakhaie Naka berkata, arwah merupakan anggota yang sangat istiqomah bersama perjuangan PAS terutamanya dalam Jabatan Amal Malaysia

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menerima berita kematian tergempar arwah Tuan Khairul Anuar Abdullah di rumahnya bertempat di kawasan Langgar.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid telah mengambil kesempatan ini untuk menziarahi ahli keluarga arwah dan menghulurkan sumbangan duit sebanyak RM500.

“Takziah buat seluruh ahli keluarga Tuan Khairul Anuar Abdullah atas pemergian ayah yang tercinta,

“Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan bertaqwa di alam kubur sana”, ujar Ustaz Nurul Amin Hamid ketika dihubungi.

Dermawan yang Ingin menyumbang kepada keluarga arwah, boleh salurkan ke akaun Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah:

Bank Islam Malaysia Berhad
(0201 1010 0093 00)

Sumbangan tuan-tuan dan puan-puan boleh dimaklumkan kepada:
Mohd Nakhaie
https://www.wasap.my/60134150845_SumbanganAnggotaAmal