Home Berita PAS Kedah

Mangsa banjir di Padang Terap dapat perhatian DPPNK

120
SHARE

Oleh HAFIZ PAIZULL AZHAR

PADANG TERAP, 3 Okt – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) terus memberikan perhatian terhadap bencana banjir yang berlaku baru-baru ini di empat daerah iaitu Baling, Sik, Padang Terap dan Jerai.

Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid telah turun ke kampung berdekatan bersama Pengerusi JPKK Kampung Kubang Julok, Saudara Rosli Bongsamarani bagi menziarahi dan mengedarkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di kampung tersebut.

“Hampir 10 buah kampung di Padang Terap dinaiki air akibat daripada hujan berterusan,

“Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk menyantuni mereka dan memberikan sedikit makanan tengahari, ujar Ustaz Nurul Amin Hamid ketika dihubungi.