Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Tiada kluster baharu, dua kluster tamat hari ini.

219
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 3 Okt: Tiada kluster baharu direkodkan sementara dua daripada kluster sedia ada di Negeri Melaka diisytiharkan tamat  hari ini.

Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Dua kluster yang dilaporkan tamat itu ialah Kluster Industri Jalan PK 34 yang telah mengumpul 125 kes positif sementara satu kluster lagi ialah Kluster Industri Teknologi Cheng 1 yang telah mengumpul 130 kes positif di mana kedua-duanya adalah kluster tempat kerja.

Kes positif baharu

Tambah JKN Melaka lagi, sebanyak 206 kes positif baharu direkodkan hari ini, di mana 200 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, enam kes daripada kes import B dan tiada kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 138 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 27 kes di Daerah Jasin dan 41 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 373 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 5114 kes masih dirawat, berkurang berbanding 5283 kes semalam dengan 35 kes adalah daripada kes ICU dan 22 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kes kematian

Menurut JKN Melaka, dua kes kematian direkodkan hari ini di mana kedua-dua kes dikesan di Daerah Melaka Tengah melibatkan seorang mangsa lelaki berumur 53 tahun dan seorang mangsa wanita berumur 75 tahun.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 9066 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 10,915 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,277,565 kes.

Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 1418 kes, diikuti oleh Selangor dengan 1000 kes, Johor (981), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767), Perak (669),

Sementara Kedah pula merekodkan 670 kes, Pahang (630), Pulau Pinang (620), Kuala Lumpur (201), Negeri Sembilan (191), Perlis (66), Putrajaya (24) sementara Labuan tidak merekodkan sebarang kes.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.