Home Berita PAS Kelantan

Pembinaan jambatan baharu Kuala Pertang dalam proses tender

405
SHARE

KUALA KRAI, 2 Jan: Ahli Parlimen Kuala Krai YB Abdul Latiff Abdul Rahman memaklumkan pembinaan jambatan baharu Kuala Pertang kini memasuki fasa proses tender yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, Jambatan Kuala Pertang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang itu sentiasa ditenggelami air setiap kali hujan lebat.

“Jambatan sedia ada ini telah diluluskan pembinaan jambatan baharu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), kini bergelar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), setelah lawatan tapak dibuat oleh Jabatan Kerja Raya Putrajaya pada pertengahan tahun 2022. Kerja-kerja pembinaan jambatan baharu akan diurusetiakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Krai,” jelasnya ketika dihubungi hari ini

Beliau meminta semua pihak mendoakan prosedur tersebut berjalan mengikut jadual.

YB Abdul Latiff turut berterima kasih dan memuji inisiatif Team Kraitiff dan pasukan sukarelawan diketuai Penghulu Mukim Kuala Pertang Halim Ropi yang melaksanakan kerja-kerja pembersihan lumpur di atas jambatan dan kawasan sekitar setelah banjir surut, semalam.