Home Artikel PAS Kedah

Pembelajaran digital PASTI Jerlun diperkasa

372
SHARE

AYER HITAM – Guru-guru PASTI Kawasan Jerlun menerima sumbangan 17 unit komputer riba hari ini.

Sumbangan tersebut adalah daripada ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim dengan kerjasama NGO Jerlun Care yang bakal memberi manfaat kepada 17 buah PASTI dalam kawasan Jerlun.

YB Azhar Ibrahim berharap semoga sumbangan ini dapat membantu guru-guru meningkatkan kualiti pengajaran seiring dengan pembelajaran digital masa kini ketika ucapan beliau merasmikan majlis tersebut di Markaz PAS Kawasan Jerlun, Ayer Hitam.

“Saya mengucapkan jutaaan terima kasih kepada YB Haji Azhar Ibrahim yang sudi menyumbang komputer riba kepada guru-guru PASTI Jerlun untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran digital di PASTI,” ujar Ustaz Abdul Hadi Omar selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerlun.

Penyerahan sumbangan komputer riba ini telah disampaikan oleh YB ADUN Ayer Hitam kepada guru-guru sempena program Mesyuarat Agung Majlis Guru PASTI Kawasan Jerlun di Markaz PAS Lubuk Pinang pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Jerlun), YB Azhar