Home Artikel PAS Melaka

Rencana: Kita dan ilmu

374
SHARE

Oleh : Abu Harith

IBNUL Qoyyim rahimahullah telah menjelaskan bahawa, ilmu apa sahaja yang bermanfaat wajib dipelajari oleh setiap muslim. Ertinya, tidak boleh ada seorang muslim pun yang tidak mempelajarinya.

Tuntutan menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim. Lebih-lebih lagi ilmu agama. Ia bukan menjadi hak eksklusif kepada para ustaz atau ustazah sahaja. Bahkan menjadi tuntutan kepada semua untuk mempelajarinya.

Bahawasanya, dengan ilmu akan membawa kita kepada amalan yang betul menurut tuntutan syarak. Bukan berbuat satu amalan kerana ikutan semata-mata. Buat dengan sangkaan sahaja.

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

”Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”. (HR. Ibnu Majah. Dinilai sahih oleh Syaikh Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Ibnu Majah no. 224)

Mari ikhlaskan hati. Belajarlah kerana Allah. Berazam untuk beramal dengannya. Mohonlah kepada Allah agar kita dipermudahkan urusan dalam menutut ilmu.

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan permudahkan laluannya ke syurga”. Maksud hadis.

وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

“Dan katakanlah, ‘Wahai tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu’“. (QS. Thaaha [20] : 114)

Banyakkan berdoa, memohon kepada Allah SWT agar kita semua terus istiqamah belajar dalam apa jua lapangan. Lebih-lebih lagi dalam memantapkan kefahaman ilmu agama kita. Inilah bekal kita nanti. Moga menjadi ilmu bermanfaat yang ditinggalkan.

Belajar itu adalah proses yang berterusan. Jangan pernah berazam untuk berhenti belajar.

Semakin banyak belajar semakin membuahkan rasa tidak tahu. Itulah tanda rendah diri, petanda berkatnya ilmu.

Penulis adalah seorang kaunselor berdaftar


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)