Home Berita PAS Kedah

Pemandu kereta sewa dan teksi disantuni lagi

36
SHARE

Oleh WAN AMIRUL

KOTA SETAR: Kesusahan hidup di musim pandemik Covid19 ini turut dirasai barisan pemandu kereta sewa di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah.

Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah, Wan Romani Wan Salim bersama Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Hj Ahmad bin Yahaya meluangkan masa sepetang, mendengar rintihan pemandu kereta sewa yang terkesan, di sini.

“Di suasana ketika ini semua pihak terkesan baik yang berada di kampung, pekan mahupun di bandar besar”.

“Hari ini seramai 45 orang penerima bantuan disantuni sebagai ikhtiar membantu meringankan beban mereka.”ulasnya ketika ditemui.

Tambahan beliau, Skim Pemulihan yang sedang dibuat oleh pihak Kerajaan Malaysian ketika ini sangat tepat pada masanya bagi membantu rakyat.

Pengerusi Persatuan Kereta Sewa Lapangan Terbang, Tn Hj Ahmad bin Kasa menzahirkan ucapan terimakasih beliau, mewakili semua ahli persatuan tersebut.

Beliau menambah, jumlah ahli berdaftar seramai 45 orang, dan rata-rata pemandu disini sumber pendapatan keluarga dari membawa kereta sewa ini.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim bin Mahmood.