Home Berita PAS Kedah

Penyerahan bakul makanan dan barangan basah pada penduduk PKPD

96
SHARE

Oleh AZMI YAHYA

Merbok – PAS Kawasan Merbok, Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok dengan kerjasama pihak JKM Kuala Muda menyampaikan bantuan 100 bakul makanan dan pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok pula menyalurkan 350 ekor ayam kepada penduduk Tmn Lembah Permai dan Tmn Bandar Baru yang berada di dalam PKPD.

Ustaz Azizan Hamzah selaku Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah yang juga YDP PAS Kawasan Merbok menggerakkan bantuan bersama 3 buah pacuan 4 roda dan 9 orang tenaga jentera dan wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Muda yang mengiringi PAS Kawasan Merbok dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok.

Sumbangan disampaikan kepada wakil PAS Kawasan Merbok Abdul Halim Abd Rahman di Taman Bandar Baru dan di Taman Lembah Permai diserahkan kepada Jalil Hashim Ajk Cawangan Tmn Lembah Permai.

“Menjadi tanggong jawab PAS Kawasan Merbok untuk terus membantu pendudok yang terlibat dan terkesan terputus bekalan makanan.” Ujar Pegawai Khas Menteri Besar Kedah Ust Azizan Hamzah

Turut hadir Cikgu Rosli Bashah Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Merbok, Us Mohd Zahir Abdul Halim Ketua Pemuda PAS Kawasan Merbok dan Ajk PAS Kawasan Merbok.