Home Rencana PAS Selangor

Mereka orang biasa tapi khidmat mereka luar biasa – Ketua Penerangan PAS Selangor

32
SHARE

May be an image of text that says "KHIDMAT MALAYSIA NEGERI SELANGOR LAJNAH KEBAJIKAN PAS NEGERI SELANGOR JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI SELANGOR NGO-NGO KEBAJIKAN PASSILANGOR SUMBANGAN MAKANAN CELK BAKUL MAKANAN KEPERLUAN HOSPITAL PERALATAN KESIHATAN AKTIVITI & KHIDMAT YANG DI CURAHKAN Unsung Heroes BANTUAN PKRC BANTUAN BANTUAN CAC PENGURUSAN JENAZAH COVID-19 PROMOSI VAKSINASI SANITASI MASJID, SURAU, RUMAH HOTLINE BANTUAN COVID-19 BANTUAN KHIDMAT AMBULANS KERJASAMA VCEE19 DENGAN KKM, SUKARELAWAN PARAMEDIK LAJNAH PENERANGAN & MEDIA BARU Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor BANTUAN KEPADA FRONTLINERS #terusistiqomah #Deislam #IslamMemimpinPerpaduan"

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Us. Syarhan Humaizi Halim

Ketua Penerangan PAS Selangor

Mereka tidak dikenali apatah lagi berusaha mempromosi diri untuk dihormati. Menarik perhatian untuk dikenali melalui tulisan dan propaganda mengangkat diri walau semacam diri menafikan sendiri. Itu bukan mereka.

Mereka tidak banyak bercakap, tapi kerja jalan. Apa saja arahan, permintaan bahkan nyawa dikandung badan, mereka tidak peduli. Mereka orang biasa tapi khidmat bakti mereka luar biasa. Itu lah boleh saya simpulkan para petugas dan ahli PAS dari Khidmat Malaysia, Jabatan Amal, Lajnah Kebajikan, NGO-NGO Dakwah dan Kebajikan. Meluru saat nama diseru demi menggalas tanggungjawab beriringan dalam saff yang padu. Apa yang mereka harap redha Ilahi yang ditagih dalam sujud agar mereka tidak menjadi insan yang lesu.

Disaat pandemik dan Covid-19 melanda negara, selain para frontliners dari Kesihatan dan Keselamatan yang berkorban serta menjadi wira negara, mereka menyinsing lengan berkhidmat tanpa berkata. Ini sebahagian khidmat bakti mereka. Mereka orang biasa tapi khidmat mereka luar biasa. Menghulur tangan pada segenap segmen keperluan manusia dan negara. Antara sebahagian apa yang terlaksana :

1. Menyampaikan Sumbangan Makanan
2. Menguruskan Bakul Makanan
3. Menyediakan Peralatan Kesihatan
4. Membantu Keperluan Hospital
5. Sukarelawan Bantuan di PPV
6. Sukarelawan Bantuan di CAC
7. Sukarelawan Bantuan di PKRC
8. Pengurusan Jenazah Covid-19
9. Sanitasi Masjid, Surau, Rumah
10. Promosi Vaksinasi
11. Bantuan Khidmat Ambulans
12. Sukarelawan Paramedik
13. Menyediakan Hotline Bantuan Covid-19
14. Kerjasama Dengan KKM, VCEE19
15. Bantuan Kepada Frontliners

16. Membantu Mengurus Orang Asal

Semoga Allah SWT merahmati mereka, memelihara dari segala bentuk musibah dan jadikan khidmat mereka sebagai amal soleh yang dihitung disisi-Nya kelak.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor