Home Artikel PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Terkini MKN

815
SHARE

Pagi tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. KKM menafikan mesej mengatakan PeKa B40 memberi bantuan sebanyak RM250 sebulan sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi COVID-19.

2. KKM menafikan nota rakaman suara yang didakwa daripada Datuk Dr. Christopher Lee, Ketua Pasukan COVID-19, Hospital Sungai Buloh bahawa surat-surat yang diterima perlu diasingkan dan dibuka sehari kemudian kerana kononnya seseorang yang positif COVID-19 telah meludah pada surat-surat sebelum diedarkan.

3. Ketua Polis Daerah Serdang menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tentang total lockdown selama 10 hari seperti mesej yang tular oleh seorang penjawat awam di IPD Serdang.

Pasukan Respon Pantas KKMM
28 Mac 2020│10.00 pagi

Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik.

Editor Berita PAS – Wartawan Rakyat Melaka