Home Artikel PAS Pahang

JABATAN AMAL PAHANG GERAK ANGGOTA DERMA DARAH

413
SHARE

Atas saranan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, JAMNP telah menggerakkan anggota di seluruh negara bagi menderma darah di hospital-hospital berdekatan.

Saranan pendermaan darah ini dibuat setelah mendapat maklumat daripada unit tabung darah hospital yang menyatakan bahawa bekalan darah telah berkurangan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan oleh kerajaan pada 18 Mac yang lalu.

Sehingga kini, seramai 60 anggota di seluruh negeri Pahang telah menderma darah bermula pada 22 Mac 2020.

Antara hospital yang telah menjadi tumpuan anggota JAMNP adalah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Hospital Sultan haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, Hospital Pekan dan Hospital Bentong.

Ketua DPPM Ir Haji Khairil Nizam Bin Khairudin turut menderma darah di HOSHAS manakala Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang Tuan Astra Asmidas Bin Ishak menderma darah di HTAA.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan, semua anggota perlu mematuhi garis panduan khas pendermaan darah bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran Covid19.

Program derma darah ini akan diteruskan sehingga PKP berakhir dan anggota JAMNP yang ingin menderma darah boleh terus ke Unit Tabung Darah hospital yang berdekatan.