Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Alor Gajah Bersama JPrD Machap Edar Pek Makanan Ke Balai Polis Alor Gajah

379
SHARE

Oleh : SITI

ALOR GAJAH : Yang Dipertua (YDP) PAS Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin bersama dengan pimpinan JPrD Machap telah mengedarkan pek makanan kepada anggota-anggota keselamatan di Balai Polis Alor Gajah pagi tadi.

Program ini adalah susulan daripada beberapa program sumbangan sebelum yang bertujuan untuk membantu dan menghargai jasa-jasa petugas yang telah bertungkus lumut bagi kesejahteraan keselamatan penduduk Alor Gajah dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Syahbudin ketika ditemui berkata PAS Alor Gajah akan terus menyantuni beberapa lagi agensi barisan hadapan bagi wabak Covid-19 ini dengan kadar termampu.

“Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang semoga segala sumbangan ini diangkat sebagai ibadah kita di akhirat nanti, InsyaAllah” kata beliau saat meninggalkan Balai Polis.

Turut hadir bersama mengiringi YDP PAS Alor Gajah ialah Ketua Muslimat PAS Alor Gajah, Puan Rosela Alwi, Pengarah JPRD Machap, Ustaz Riduan, Wakil JPRK, En Shamsul dan beberapa orang pimpinan PAS Alor Gajah.