Home Berita PAS Kelantan

Pemain Industri Tani mesrai bidang IOT

91
SHARE

MACHANG, 20 Dis: Selari dengan era Revolusi Industri 4.0, pemain industri pertanian di Kelantan serius meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang elektronik, pengaturcaraan, perisian yang relevan demi mempertingkatkan produktiviti.

Menyedari kepentingan tersebut, Koperasi CGN Berhad menganjurkan Kursus Pertanian berasaskan Internet Kebendaan atau Internet of Things (IoT) bimbingan perunding IoT HRDCorp., Mohamad Ariffin Zulkifli di Bukit Belah, Sabtu lalu.

Eksekutif Operasi Kelantan Biotech Corporation (KBC), Mohd Afzanizam Arif mengucapkan tahniah kepada CGN atas penganjuran kursus yang bermanfaat kepada peserta perintis terdiri daripada pegawai agensi pertanian negeri, petani moden, pensyarah komputer institusi pengajian tinggi dan pelajar aliran pertanian.

“Penguasaan ilmu dan kemahiran tersebut berperanan sebagai batu loncatan kepada para petani mendapat pembelajaran berterusan, seterusnya mengaplikasikan ilmu dan kemahiran tersebut kepada tanaman mahupun penternakan”, katanya yang menyertai kursus tersebut.

Turut serta, Pegawai Khas Exco Pertanian, Nasir Abdul Rahman dan Pengurus Besar Kumpulan Pertanian Berhad, Mukhlis Mukhtar.