Home Berita PAS Terengganu

Orang Asli tidak ketinggalan bantuan persekolahan

157
SHARE

KEMAMAN – Kerajaan negeri terus peka dengan keperluan persekolahan sehingga ke luar bandar dan pedalaman dengan penyampaian bantuan tersebut kepada anak-anak orang asli Kampung Sungai Pergam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, majlis penyerahan tersebut dihadiri ibubapa dan penjaga yang mewakili anak masing-masing bagi menerima sumbangan Bantuan Persekolahan 2021 berupa wang tunai sebanyak RM100.

“Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri  dalam membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa terutama di era pandemik ini di mana ramai yang terjejas pendapatannya.

“Kita akan terus komited dalam memastikan pelajar yang memerlukan tidak tercicir dalam menerima bantuan tanpa mengira agama mahupun bangsa.

“Komuniti orang asli di Kampung Sungai Pergam juga turut tidak terkecuali memandangkan ramai di kalangan mereka yang telah berfikiran terbuka akan kepentingan menuntut ilmu,” katanya ketika ditemu bual pemberita, baru-baru ini.

Tambahnya, beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam usaha penyampaian sumbangan tersebut seperti Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Pergam dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih.