Home Berita PAS Kelantan

Pelbagai aktiviti menarik pada Hari Keluarga Crew Kota Lama 2022

135
SHARE

KOTA BHARU, 15 Ogos: Pelbagai aktiviti menarik antaranya penyampaian manfaat armalah , penyampaian dividen peserta ladang rakyat , cabutan bertuah , persembahan dikir barat, acara olahraga dan sukaneka khususnya kepada rakyat sekitar pada Hari Keluarga yang berlangsung di sini, semalam.

Program ini berjaya menghimpunkan semua jentera dalam satu program yang dinamakan “Hari Keluarga Crew Kota Lama”, yang telah dihadiri pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di perkarangan tempat parkir kenderaan sebelah Hotel Ibis Style Kota Bharu.

Antara tetamu yang hadir , Pengarah Pilihanraya Dun Kota Lama Mohd Mortazi Ismail, Ketua Ameerah Dun, pihak pengurusan Ibis Style, Ketua DHPP Mr Lim Guan Seng, Penghulu – Penghulu Dun dan Jawatankuasa Program.