Home Setiausaha Agung PAS

Pelantikan Peguam Negara

1,673 views
SHARE

PELANTIKAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA.

1. PAS menerima dengan hati terbuka serta berlapang dada atas perkenan Yang Di-Pertuan Agung melantik Encik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

2. PAS mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Peguam Negara danberharap beliau akan sentiasa bertindak secara berperlembagaan, memelihara kedaulatan undang-undang, saksama dan adil (impartial) dengan mengambil kira segala aspek sejarah dan niat pembuat sesuatu undang-undang (intentionof the legislation) dalam melaksanakan tanggungjawabnya, terutama berkaitandengan undang-undang yang melibatkan rakyat beragama Islam serta institusi
yang berkaitan dengannya.

3. PAS bersedia memberikan kerjasama dalam segala perkara yang baik, dan pada masa yang sama akan bertindak sebagai Pembangkang yang konstruktif dan berperanan sebagai semak dan imbang (check and balance) dengan memberikan pandangan, cadangan serta membuat pendirian dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan umum, sama ada bagi umat Islam
mahupun lainnya.

Terima kasih.

Takiyuddin Hassan,
Setiausaha Agung.
Bertarikh: 05 Jun, 2018.