Home Artikel PAS Perak

PAS “erat hubungan” sempena Aidilfitri

151 views
SHARE

Oleh : Intan Jahrahwassir

Jun 3, 2018, Taman Meru 2c, Ipoh. Lajnah Kebajikan Pas Zon Meru terus menggerakkan usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan mengadakan pemberian barangan dapur sempena Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Turut hadir dalam program ini ialah Ustaz Hafez B Sabri, Ketua Pemuda Pas Kawasan Tambun selaku Jemputan Khas sekaligus menyampaikan sumbangan kepada penerima.

Dalam ucapan beliau berkata,  PAS dalam apa jua keadaan sekalipun, akan terus Istiqomah berusaha untuk menyantuni masyarakat yang memerlukan.

PAS bukan semata-mata bekerja dalam pilihanraya sahaja bahkan setiap waktu untuk terus berbakti kepada masyarakat sekitar.

Alhamdulillah ini bukti yg diterjemahkan sekalipun pilihanraya umum ke-14 telah berakhir, tetapi kebajikan tetap terus berjalan.

Ustaz Hafez Sabri mengucapkan jutaan tahniah kepada Pas Zon Meru atas penganjuran program saban tahun ini.

Harapan beliau, dapat diteruskan program seumpama ini di masa akan datang. Beliau menyeru agar semua ahli-ahli dan masyarakat terus bersemangat, istiqomah dan bersyukur atas nikmat yang Allah SWT telah berikan.

Semua ahli-ahli dan masyarakat dapat mengeratkan hubungan baik dan bekerjama dalam menjayakan program-program amal bakti seperti hari ini.

Dan harapan beliau kepada semua yang turut hadir memeriahkan program supaya kehidupan kita ini aman dan sejahtera lebih-lebih lagi Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi .

Menurut Pengarah Program “Sumbangan Aidilfitri 1439H”, Ustaz Zubaidi Bin Bidin, program ini adalah kerjasama Lajnah Kebajikan Pas Dalam Zon Meru dengan Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Tambun.

Bertujuan mengurangkan sedikit bebanan untuk sambutan Aidilfitri nanti.

MEngumpulkan 80 orang penerima sumbangan serata Taman Meru, Taman Meru 2b, Taman Meru 2c dan Meru Raya.

Program ini tidak tertumpu di dalam bulan Ramadhan saja, tetapi akan terus berjalan mengikut keperluan. Katanya, Semua cawangan dalam Zon Meru telah digerakkan untuk mengenalpasti dan mengumpul data-data penerima bagi memudahkan sumbangan dapat diagihkan.