Home Artikel PAS Sarawak

PAS Raikan Syawal Yang Bakal Tiba

65 views
SHARE

Petra Jaya, 4 Jun – Hari ini Muslimat PAS Sarawak dengan kerjasama PAS Petra Jaya berkesempatan menziarahi pesakit-pesakit di Hospital Umum Sarawak.

Program ziarah ini kali kedua dibuat bertempat di Hospital Umum Sarawak dan rata-rata pesakit menerima baik kunjungan Muslimat PAS dan ada antaranya mereka yang bukan Islam merasakan sambutan Gawai Raya dengan pemberian yang diberi.

Edaran sumbangan sempena Syawal yang bakal tiba itu diedar sekitar wad di tingkat 6 dan 7 di hospital tersebut. Kakitangan hospital juga tidak ketinggalan turut menerima sumbangan sebagai tanda penghargaan atas tugas dan penat lelah mereka menjalankan tugas seharian.

“Kami mendoakan agar semua penerima diberikan kesembuhan dan diberi kekuatan menghadapi ujian sakit ini. Tiada daya kita melainkan mengharapkan pada Yang Esa.” Ujar Puan Habsah mendoakan mereka ketika edaran tersebut dilakukan.

Ujian sakit yang datang adalah untuk meningkatkan tahap keimanan kita dan melihat sejauh mana kita punya nilai kesabaran dan berlapang dada dengan apa yang Allah beri. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al Baqarah, ayat 286 yang bermaksud;

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan daripada apa yang diusahakannya, dan ia juga mendapat dosa kejahatan dari apa yang dia usahakan.”

Justeru itu, Muslimat PAS mengajak semua orang agar menerima sesuatu ujian yang Allah beri dengan hati yang penuh redha dan lapang dada.

Muslimat PAS Negeri Sarawak terus komited dan prihatin dalam melaksanakan misi kebajikan pada masyarakat umum.