Home Artikel PAS Melaka

Pejabat Kesihatan Jasin Terima Peralatan PPE Sumbangan KHIDMAT Malaysia

519
SHARE

Oleh : Abu Anas

JASIN : Pejabat Kesihatan Jasin menerima bantuan kelengkapan pelindung diri (PPE) daripada Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (KHIDMAT Malaysia) Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Melaka dan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka.

Bantuan ini merupakan sebahagian inisiatif dan tanggungjawab NGO-NGO bagi membantu barisan hadapan mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurut Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin Ustaz Nurfaizal Nordin yang mewakili Khidmat Malaysia Melaka berkata, bantuan ini melibatkan 100 helai ‘Isolation Gown’, 100 helai ‘hood’, 100 helai ‘Shoe Cover’, 100 keping ‘Face Shield’, Hand Sanitizer, Clorox, Tudung Pakai Buang dan Telekung.

“Walaupun dalam tempoh PKP ini, pergerakan kita agak terhad PAS telah berjaya menggerakkan NGO-NGO dan petugas-petugas di kalangan Muslimat dan Pemuda bergotong-royong usahakan di rumah masing-masing menjahit dan menyiapkan set pakaian PPE dalam tempoh masa yang agak singkat,” katanya dalam majlis penyerahan bantuan peralatan di Pejabat Kesihatan Jasin petang semalam.

Kesemua bantuan ya g diserahkan ini telah diterima oleh Penolong Pegawai Tadbir, Amiruddin Anuari yang mewakili Pejabat Kesihatan Jasin.

Menurut Amiruddin, Pejabat Kesihatan Jasin mengucapkan ribuan terima di atas sumbangan yang diberikan.

Beliau juga berharap agar kerjasama dan bantuan daripada NGO-NGO berterusan bagi menampung kos kerajaan menangani wabak Covid-19 ini.

Turut hadir Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Jasin Puan Shopia Ahmad.