Home Artikel PAS Perlis

Mangsa Ribut Terima Sumbangan ADUN Guar Sanji

599
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

ARAU : Hujan lebat yang berlaku di beberapa kawasan di seluruh negeri Perlis semalam turut menyebabkan beberapa kampung di sini dilanda ribut kencang.

Antara kampung berkenaan ialah Pida 3 Semut Gatal, Pida 2 Sekerat dan Padang Besar Guar Sanji.

Menurut ADUN Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim, beliau bersama-sama dengan Ketua Cawangan PAS Changkat Jawi, Marwan Ismail dan wakil JKKK Pida 2 Sekerat, Amirul Husin telah mengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda ribut bagi meninjau sendiri keadaan di kawasan berkenaan.

“Hasilnya kami dapati, beberapa buah kediaman telah mengalami kerosakan akibat kejadian berkenaan dan pihak PKWR Guar Sanji telah memberikan sedikit sumbangan kepada semua mangsa sementara menanti bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi-agensi yang terlibat.

“Kepada semua mangsa, kami doakan agar diberikan kesabaran serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.