Home Berita PAS Kelantan

Pegawai perlu komited capai Agenda MBI tahap maksimum

93
SHARE

KOTA BHARU, 29 Jan: Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berharap tahun baharu 2023 memberi nilai positif dan semangat luar biasa terutama kepada semua pegawai yang terlibat di bawah portfolionya.

Katanya, para pegawai dan seluruh agensi perlu terus memainkan peranan penting dalam memberi yang khidmat terbaik.

“Komitmen pegawai amat diperlukan dalam pelaksanaan program bagi memastikan agenda Merakyat Membangun Bersama Islam dicapai pada tahap maksimum,”
jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan Bil. 1 Tahun 2023, di Mabna, Khamis lepas.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada semua pegawai dan mendoakan terus berbakti seikhlasnya.