Home Berita PAS Kedah

Pegawai Khas YB segera bertindak cakna kebajikan mangsa banjir

42
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA, 1 Okt – Pegawai Khas Encik Mohamad Talib dan Pasukan Kebajikan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu mewakili YB Mohd Radzi Md Amin (Paksu Dii) menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir semalam, 30 September 2021.

Lokasi bantuan mangsa banjir ialah Kampung Kubang Bemban melibatkan 11 rumah, Kampung Kubang Juluk (enam buah rumah), Kampung Lubok Perong (sembilan buah rumah), Kampung Sireh (lima buah rumah) dan Kuala Tekai (lima buah rumah).

“Saya berharap penduduk sentiasa beringat akan keselamatan diri dan keluarga semasa musim tengkujuh ini.

“Hulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang memerlukan bantuan.

“Laporkan segera kejadian banjir kilat atau rumah yang berpotensi dimasuki air kepada JPKK Dan pihak bantuan mangsa banjir.

” Banyakkan berdoa agar dipermudahkan urusan harian.”

“Jagalah SOP walaupun Kedah sudah masuk fasa kedua dan terima kasih semua pihak yang terlibat pada hari ini .”, kata Encik Mohamad kepada Media PKWR Dun Pedu.

Turut serta dalam misi hulurkan bantuan untuk mangsa banjir ialah JPKK setiap kampung dan pihak polis dari Balai Pedu.