Home Rencana PAS Melaka

Pena editor Melaka | Budaya PAS dalam pemilihan parti

234
SHARE

PAS sebuah parti yang sangat menjaga adab dan integriti dalam perjalanan dan pengurusan partinya terutama dalam soal pemilihan. Adab-adab ini bersendikan Islam dan selaras dengan nilai integriti yang tinggi yang diterima umum.

Sebab itu kita lihat di dalam PAS semasa pemilihan di peringkat PAS Pusat sebelum-sebelum ini tidak pernah didedahkan kedudukan terkini pencalonan yang diterima oleh calon-calon yang bakal merebut jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

Ini bagi mengelakkan timbulnya suasana ketegangan dan perlumbaan yang sangat serius sehingga boleh menimbulkan perpecahan. Ini perbezaan PAS dengan parti-parti lain.

Dalam pemilihan PAS juga tidak timbul lobi melobi dan politik wang atau menabur bantuan atau peruntukan kepada cawangan-cawangan semasa di dalam zon pemilihan untuk mengambil hati perwakilan menyokong seseorang calon.

Walau pun ia biasa dilakukan oleh parti-parti lain tetapi ia bukan budaya yang boleh diterima di dalam PAS. Walau pun kita berkawan dengan parti-parti lain tetapi budaya yang tidak baik oleh mereka tidak perlu dibawa masuk ke dalam PAS.

Budaya yang baik kita ambil yang buruk kita jauhkan. Dan penulis percaya ahli-ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat sangat faham perkara ini.

Sungguh pun begitu penulis bersyukur kerana pada masa ini tidak nampak lagi perkara ini berlaku di dalam PAS. Ahli-ahli PAS memang mantap!

Sekiranya kita lihat ia berlaku maka individu-individu seperti ini perlu ditolak mentah-mentah sebelum ia menjadi barah atau pandemik atau hatta endemik sekali pun.

Jika ada di antara ahli PAS yang melihat perkara ini berlaku maka ambil video atau gambar dan buat laporan kepada PAS Pusat. Perkara seperti ini harus dicegah dengan tegas!

PAS harus kekal seperti asal samada semasa menjadi parti pembangkang mahu pun sebagai parti pemerintah. PAS harus kekal dengan nilainya sendiri dan bukan dengan mengambil budaya parti-parti politik lain.

IBNU JANIE
EDITOR
Berita PAS Melaka dan WARM

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.