Home Berita PAS Kedah

27 mangsa banjir di Merbau Pulas ditempatkan di PPS

104
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

PADANG SERAI, 1 Okt – Seramai 27 mangsa banjir daripada 10 keluarga di Merbau Pulas ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat Jumaat malam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, YB Dato’ Siti Ashah Ghazali berkata, kesemua 27 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Merbau Pulas.

“Setakat ini, laporan awal mendapati paras air sungai mencatatkan penurunan iaitu pada bacaan 7 meter

“Penduduk diingatkan supaya tidak leka dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga kerana air mengalir agak deras”, katanya ketika memberi sumbangan keperluan asas makanan kepada kawasan banjir di Kampung Merbau Pulas.


Turut hadir menyampaikan bantuan untuk mangsa banjir ialah Pasukan Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Merbau Pulas.