Home Berita PAS Kedah

Pegawai Khas YAB MB Kedah santuni penduduk Naka

42
SHARE

 

OLEH : SITI AMINAH ZAMILUDDIN

NAKA,9 Julai – 64 buah rumah penduduk di Taman Dahlia menerima sumbangan daripada Pegawai Khas YAB MB sempena Program Ziarah Prihatin Covid-19 anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Padang Terap,NGO PRIHATIN dan PKWR Pedu.

ADUN Pedu Hj.Mohd Radzi Md.Amin dan juga NGO PRIHATIN PAS Padang Terap Ustaz Habibullah Salleh telah turun menyampaikan sumbangan tersebut seperti barangan keperluan harian,beras dan ayam. Ustaz Nurul Amin mnyatakan mereka juga golongan terjejas dan menjadi tanggung jawab kita untuk bantu ringankan beban keluarga terbabit yang terkesan akibat PKP 3.0. “Bukan sekadar di kampung sahaja,malah di Taman perumahan juga kami (pemuda Pas) turun bantu”ujar beliau.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Yang DiPertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd.Aziz dan ahli jawatankuasa PRIHATIN. Sumbangan tersebut adalah dari Dewan Pemuda PAS,Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu dan PRIHATIN.