Home Berita PAS Kedah

Program bakul makanan digerakkan setiap hari

22
SHARE

Oleh Tahirah Mat Hussain

PEDU – Agihan bakul makanan diadakan setiap hari di kawasan ini bagi memastikam tiada isu terputus bekalan makanan dikalangan penduduk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu YB Tuan Haji Mohd Radzi Md Amin berkata, pihaknya akan sentiasa peka akan panggilan telefon daripada penduduk sekitar yang memerlukan bantuan berkenaan.

“Kita faham keadaan sekarang yang sangat tertekan kerana ada yang tidak mempunyai pendapatan kerana tidak boleh bekerja. “Oleh itu, jika ada sahaja permohonan insyaAllah kita akan segerakan, ” katanya. Beliau yang juga Naib Yang Di-Pertua Pas Kawasan Padang Terap aktif turun mengagihkan sendiri bantuan bakul makanan berkenaan. Semalam, sebanyak dua puluh (20) buah rumah mendapat bakul makanan yang disampaikan sendiri oleh beliau.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampong Sireh; Kampong Belukar Luas; Kampong Kubang Julok; Kampong Tandop Besar dan Kampong Pong Utara. “Terima kasih diucapkan kepada pengerusi JPKK dan ketua PAS cawangan-cawangan yang memberi maklumat dan turut serta ketika sesi sumbangan. “Teruskan berkhidmat untuk penduduk kampung dan sentiasalah peka akan keadaan mereka,” katanya. Bagi mereka yang memerlukan bantuan sila hubungi terus talian 0194408109 (YB PaksuDie)