Home Berita PAS Kedah

Bakul makanan prihatin giat diagihkan

17
SHARE

OLEH : NORJULIANA YAACOB

JERAI – Bakul Makanan (BM) Prihatin yang diperuntukan oleh YAB Perdana Menteri sebanyak RM300,000 sedang giat diagihkan. Menurut Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit sehingga hari ini jumlah BM yang berjaya diedarkan ialah 1050. “Bermula Khamis kita telah mengagihkan 100 BM kepada NGO terpilih dan 16 JPKK Guar Chempedak. “Hari ini (Sabtu) Seramai 8 JPKK Gurun dan 14 JPKK Sg Limau masing – masing menerima 25 bag BM,” katanya.

YB Ustaz Sabri berkata, mereka yang diberi tanggungjawab menerima BM berkenaan perlu menyampaikan kepada penerima yang layak dan memerlukan. “Baki JPKK dari ketiga-tiga DUN berkenaan akan mengambil BM masing-masing pada Selasa ini. “Selain JPKK agihan turut diberikan kepada Agensi Kerajaan dan NGO,” katanya.

Tambah YB Ustaz Sabri, seramai 73 org Pengerusi JPKK seluruh Parlimen Jerai diberi 25 BM utk diagihkan di kawasan masing-masing. “Setiap BM ini disampaikan kepada mereka yg layak tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa “InsyaAllah kita akan cuba sedaya upaya untuk mempercepatkan proses penyerahan bagi memastikan kesemua penerima menikmati manfaat dari kewujudan BM ini,” katanya.