Home Berita PAS Johor

PdPR : Lajnah Pendidikan PAS Kulai anjur Kursus Kemahiran PdPR

267
SHARE

Oleh : ABU HADIF

KULAI, 19 Jun : Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Kulai telah menganjurkan Kursus Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian menggunakan platform Google Meet.

Kursus yang disasarkan kepada semua guru di bawah sektor pendidikan PAS Kawasan Kulai telah dilaksanakan dengan jayanya semalam.

Menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kawasan, Zainab Ismail, kursus berkenaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh beliau telah bermula seawal jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari yang disertai seramai 50 orang guru daripada PASTI, SRITI dan ada juga dari beberapa institusi lain.

“Dalam tempoh PKP yang memungkinkan PdPR akan berterusan dengan jangka waktu yang panjang, amat bersesuaian program seumpama ini dilaksanakan.

“Guru-guru perlu mempunyai kemahiran di dalam mengendalikan IT untuk kesinambungan PdPR dan menjadikannya dalam keadaan murid-murid terus berminat untuk belajar.

“Walau murid tidak menghadap guru seperti kebiasaan, tetapi dapatan ilmunya tetap sama, Insya-Allah” kata beliau dalam satu kenyataannya.

Beliau menyatakan sebagai seorang pendidik sentiasa memerlukan penambahan ilmu untuk terus mencari kaedah penyampaian yang terbaik untuk menghasilkan anak-anak didik yang terus komited dengan ilmu.

“Semoga program – program seumpama ini terus diadakan untuk menambah kemahiran guru-guru untuk mengendalikan kelas secara dalam talian,” ujar beliau lagi.

Beliau juga berterima kasih dan mengucapkan tahniah atas kerjasama jawatankuasa penganjur yang berjaya melaksanakan program tersebut.