Home Berita PAS Johor

Taklimat Penggerak Projek 12K Ansorullah PAS Johor berlangsung meriah

358
SHARE

Oleh : ABU HADIF

KULAI, 19 Jun : PAS Johor melalui Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan Negeri telah mengadakan program Taklimat Penggerak Projek 12K Ansorullah yang berlangsung dengan meriah pagi ini walaupun secara dalam talian.

Taklimat berkenaan yang bermula seawal jam sembilan pagi diserikan dengan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin dengan disertai seramai 110 orang peserta dari kalangan ahli PAS seluruh negeri Johor.

Program taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pengarah 12K Ansorullah Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Nik Mahadi Nik Mahamod yang dijemput khas oleh pihak penganjur.

Pengarah program, Ridwan Omar ketika dihubungi menyatakan program hari ini disasarkan kepada Jawatankuasa Penggerak Projek 12K Ansorullah setiap dewan dan kawasan seluruh negeri Johor

Ujar beliau program ini bertujuan memberi pemahaman dan halatuju Projek 12K Ansorullah kepada semua penggerak, yang mana akhirnya akan dilaksanakan di peringkat kawasan masing-masing.

Beliau juga berharap program taklimat berikut dapat difahami objektifnya oleh setiap peserta, sehingga dapat mencapai sasaran 1664 orang Ansorullah penggerak daripada PAS Johor seperti yang dikehendaki oleh Lajnah Tarbiah PAS Pusat.

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan program yang disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiah Dan Pengkaderan PAS Johor, Roslan Nikmat juga telah memberi penekanan kepada para peserta untuk sentiasa berusaha menambah dan mengemaskini pengetahuan sebagai penggerak yang berwibawa untuk berdaya saing mendepani masyarakat yang pelbagai ragam hari ini.

“Kita bergerak dengan menterjemahkan projek ini bersandarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, ‘Sebaik-baik sahabat ialah empat orang, sebaik-baik peninjau ialah 400 orang, sebaik-baik tentera ialah 4000 orang, dan jumlah 12,000 orang tidak akan kalah dengan sebab sedikit’, insya-Allah.” antara isi ucapan beliau.

Program berakhir pada jam dua belas tengahari.