SHARE

[Kenyataan Media Rasmi]
(10 Ogos 2020)

Pemuda PAS Sarawak ingin menegaskan bahawa aspirasi membawa suara rakyat yang mahukan perubahan akan terus dijunjung. Ini kerana:

1. Pencapaian PAS sejak masuk bertanding di Dun Beting Maro kian meningkat sehingga pilihanraya negeri yang lepas. Hakikatnya, kemenangan PBB di Beting Maro hanya dengan majoriti 1000 undi adalah signal penolakan rakyat yang tidak berganjak walaupun ketika itu PAS bersendirian.

2. Harga undi PAS ini adalah kemenangan besar kepada parti yang menginginkannya. Namun amat mustahil untuk menjuruskan pengundi PAS untuk mengundi parti yang mereka tolak. Sudah pasti jika PAS tidak mempertahankan kerusi ini, undi pasti beralih kepada parti lain dan bukannya PBB.

3. Penolakan ini jelas dan akan berterusan seperti mana kajian oleh sekumpulan penyelidik dari universiti awam pada pilihanraya yang lalu bahawa faktor calon dan prestasinya menyebabkan kemenangan mungkin akan terjadi kepada PAS.

4. Bagi memastikan kerusi Beting Maro ini tidak jatuh ke tangan lawan Perikatan Nasional, PAS perlu diberi laluan untuk bertanding. Jumlah undi yang besar ini akan terus kukuh kerana kekuatan semasa PAS sedia ada yang memiliki 30 cawangan dan lebih 3000 pengundi dan penyokong setia. Undi ini akan pecah sekiranya PAS tidak bertanding. Disinilah jiwa besar PBB diperlukan agar menyedari hakikat tersebut.

Pemuda PAS Sarawak berdiri teguh di belakang Pesuruhjaya PAS dimana PAS bersedia untuk bertanding di Sarawak dan kami mendesak agar laluan diberikan kepada PAS Sarawak untuk bertanding di Beting Maro.

HAMDAN SANI
KETUA PEMUDA PAS SARAWAK