Home Artikel PAS Sabah

PAS Keningau anjur mesyuarat agung kali ke 20

303
SHARE

Armain Juhari
9 Ogos 2020

KENINGAU : Mesyuarat Agung PAS Kawasan Keningau kali ke 20 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al-Kisaie SERI Tahfiz Al-Ilmi, Keningau.

Program yang dianjurkan saban tahun itu turut disertai ahli-ahli daripada PAS Cawangan Merampong yang merupakan cawangan baharu.

Pengarah Mesyuarat Agung PAS Keningau kali ke 20 Shahid Yusof dalam ucapannya menyeru agar gerak kerja jemaah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Beliau turut memetik kata-kata Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad agar ada rasa bersalah dalam diri apabila melihat sahabat-sahabat bertungkus lumus melakukan tugasan tanpa mencari alasan untuk tidak buat kerja.

Yang Dipertua PAS Kawasan Keningau Abdul Hisham Othman dalam ucaptamanya menggariskan agar hala tuju PAS di Keningau lebih subur melalui hubungan antara para asatiza semenanjung dan tempatan yang sedia terjalin supaya lebih erat dan mengambil ibrah semangat muhajirin dan ansar.

“Pembangunan institusi pendidikan agama di Keningau ini ialah hasil daripada kolaborasi antara para asatizah luar dan tempatan” Tambah beliau.

Mesyuarat agung pada kali ini memperlihatkan kemajuan dari sudut cadangan-cadangan yang bernas daripada para perwakilan.

Timbalan Yang Dipertua PAS Keningau Sahmain Hassim telah menyampaikan ucapan penangguhan. Antara intipati ucapannya, beliau memuji cadangan-cadangan yang bernas para perwakilan dan pihak jawatankuasa akan mengambil tindakan terhadap cadangan-cadangan tersebut.

Pelancaran Tabung Sehari Seringgit PRN 15 dan Tabung Derma Pesakit Kampung Merampong antara pengisian Mesyuarat Agung PAS Keningau kali ke 20 yang turut diadakan.