Home Berita PAS Kelantan

Pasukan MDT johan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Tumpat

89
SHARE

TUMPAT, 23 Jan: Pasukan Majlis Daerah Tumpat (MDT) mendapat johan pada Kejohanan Bola Sepak Antara Jabatan Daerah Tumpat Piala YB Ahli Parlimen Tumpat 2022 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tumpat yang berlangsung di Padang MPKB-BRI berakhir semalam.

Naib Johan diperolehi pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tempat ketiga bersama ialah pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pasukan Ahli Parlimen Tumpat daripada lapan pasukan yang bertanding.

Johan menerima RM1000 beserta piala, naib johan RM700 dan tempat ketiga RM500.

Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada barisan jawatankuasa pelaksana yang telah berusaha menjayakan kejohanan ini.

“Apa yang lebih penting adalah objektif penganjuran kejohanan ini iaitu mengeratkan hubungan di antara Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tumpat dengan jabatan dan agensi kerajaan di daerah Tumpat,” katanya.