Home Berita PAS Melaka

PASTI SMART SOLEH (PSS) ANJUR MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

2341
SHARE

Oleh : Abu Anas

AYER KEROH : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) terus menjadi pilihan utama ibubapa dan penjaga untuk anak-anak mendapat pendidikan awal dari aspek rohani dan akademik sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah.

Demikan ucapan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Melaka, Mohsin Ibrahim ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Smart Soleh (PSS) 2019 Taman Murai Jaya, Durian Tunggal kali ke-4 yang berlangsung di ballroom Dewan Hang Tuah, Ayer Keroh D’Village semalam.

“PASTI merupakan salah satu aktiviti pendidikan yang berjaya di dalam organisasi Parti Islam SeMalaysia (PAS).

“Walaupun menempuh pelbagai rintangan terutamanya dari sudut kewangan, PASTI tetap utuh dan menjadi tumpuan masyarakat.” kata beliau lagi di dalam ucapannya.

Tambah Mohsin lagi, beliau mengharapkan ibubapa memberi kerjasama dan komitmen berterusan kepada seluruh cawangan-cawangan PASTI di negara ini bagi bersama-sama berganding bahu membina generasi Al-Quran.

Sementara itu dalam ucapan aluannya Pengurus PSS, Bahiki Ismail berkata, PSS akan sentiasa melakukan penambahbaikan fasiliti agar anak-anak boleh belajar dengan selesa selain guru-guru diberikan latihan dan kemahiran oleh PASTI Pusat.

“Kita juga sedar cabaran utama anak-anak termasuk kita hari ini adalah dunia tanpa sempadan terutamanya telefon pintar” tegas beliau.

Majlis Anugerah Kecemerlangan PSS ini dihadiri 80 orang pelajar berumur 4 hingga 6 tahun bersama ahli keluarga mereka.

Pada sesi kali ini adik Amar Wafiy Azman dinobatkan sebagai pelajar cemerlang untuk kategori 5 tahun manakala adik Nur Qisya Hannani Zainul Ariffin untuk kategori 6 tahun.

Sijil anugerah, hadiah dan sumbangan disampaikan oleh Mohsin Ibrahim.