Home Artikel PAS Melaka

PASTI MELAKA ANJUR HARI ANUGERAH UJIAN KECEMERLANGAN PASTI NEGERI MELAKA

430
SHARE

OLEH : ANAS ABDULLAH

MELAKA TENGAH : PASTI Negeri Melaka telah mengadakan Hari Anugerah Ujian Kecemerlangan peringkat negeri Melaka yang berlangsung di Sekolah Ar Rahmah Solok Gaung, semalam.

Program ini bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak yang mampu menguasai bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga hafazan ayat-ayat suci Al-quran.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Melaka, Ustaz Mohd Syafiq Bin Ismail. Turut serta ialah Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Melaka dan Majlis Guru-Guru PASTI Negeri Melaka. Majlis ujian akademik dijalankan serentak dengan ujian hafazan.

Bagi ujian hafazan, johan bagi kategori 6 tahun jatuh kepada Putri Muslimah Bt Mohd Hamdy dari PASTI Ar Raudhah yang juga merupakan Naib Johan peringkat kebangsaan semasa Program Alam Ria PASTI baru-baru ini. Bagi kategori 5 Tahun pula johan jatuh kepada adik Nur Atiyyah Bte Mohd Farhan Hafeez dari PASTI Al Huffaz.

Sementara itu bagi ujian akademik, johan bagi kategori 6 Tahun jatuh kepada adik Muhammed Azanuddin Bin Salleh dari PASTI Al Huda 2 . Bagi kategori 5 Tahun ujian yang sama johan jatuh kepada adik Muhamad Haziq Bin Hafizul Sani dari PASTI Al Ummah..

Turut serta memeriahkan Hari Anugerah Ujian Kecemerlangan dengan kehadiran ibu bapa serta sanak saudara calon-calon yang mengikuti ujian ini.